Pantun Lawak Dan Lucu

print this page
send email

Baca Juga



Anak Jawa pulang ke Jawa,
Sampai di Jawa berjual ragi;
Tuan ketawa saya ketawa,
Sama-sama tak ada gigi.

Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas;
Kalau memang dasar kedekut,
Ade kereta, naik bas.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Duit ringgit boleh dicari,
Mana nak cari kasih sayang.

Tanam pisang rapat-rapat,
Banyak pisang dalam negeri,
Sudah mengorat tak dapat-dapat;
Terpaksalah aku hidup sendiri.

Disana merak disini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Disana hendak disinipun hendak,
Pening kepala terajang punggung.

Ada katil ada tilam,
Ada siang ada malam;
Dah banyak kali memberi salam,
Tak pernah pun dia jawab salam.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju !?!
Kenapa engkau tanya?

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati

Pagi hari pergi ke sawah,
Waktu petang baru nak pulang;
Nampak di mata hidup mewah,
Namun hutang keliling pinggang.