Hael Husaini Pelapis Penyanyi Solo Lelaki

print this page
send email

Baca Juga


Sejak kebelakangan ini, isu ketandusan penyanyi lelaki solo bagai terisi dengan kemunculan beberapa penyanyi baharu yang mencipta fenomena seperti Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.


Ini termasuklah bekas anggota duo Azhael, Hael Husaini, 31, yang dilihat semakin bersinar apatah lagi single berhantunya, Jampi diangkat menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) baru-baru ini.

Memilih untuk bergerak secara solo sejak Februari tahun lalu, nama Hael semakin menjadi bualan peminat seni tempatan disebabkan keunikan dan kelainan menerusi melodi yang dipaparkan.

“Alhamdulillah tidak sangka lagu Jampi mampu meraih kejayaan besar. Sejujurnya semasa kami mencipta lagu ini terdapat banyak dugaan.

“Ini kerana pada permulaan, ada sesetengah pihak yang tidak percaya dengan kemampuan Jampi, malah ada juga berpendapat ia terlalu keanak-anakan,” jelasnya ketika ditemui pada sebuah majlis penghargaan sempena kemenangan Jampi pada AJL32 di Ruang Shah Alam, Selangor baru-baru ini.