Imam Muda Fakhrul Menegur Pemilik Naelofar Hijab

“Hukum asal harus dan mendapat pahala. Tetapi apabila buat di kelab malam maka haram hukumnya. Haram bukan kerana pelancaran tudung tetapi lokasinya, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah.


“Hal ini menimbulkan fitnah kepada muslim dan muslimah, pemakaian syariat dan yang utama kepada agama. Pelaku yang terlibat dengannya berdosa dan wajib bertaubat,” katanya.

Jelasnya, untuk menegur perkara ini, ia tidak boleh dilakukan dengan kasar.

"Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi!. Tak percaya? rujuk pendekatan dakwah RASULULLAH SAW. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!

“Ajak jangan hukum. Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum," tulisnya lagi.

Imam muda ini turut mengatakan perkara yang berlaku itu adalah daripada kesilapan peribadi, namun ia menjadi umum apabila melibatkan ramai orang.

"Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.

“Hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik," ujarnya.

Namun, Imam muda ini tidak mahu perkara itu menjadi kecaman hingga ada yang boikot.

"Macam mana Melayu nak maju? Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat.

"Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu?. Adat bersendi syariat!.


Menerusi laman Facebook, Imam Muda Fakhrul menjelaskan hukumnya haram membuat pelancaran tudung di kelab malam.
Continue Reading...

Pelancaran Tudung Naelofar Hijab Dari Neelofa


Di Instagram pula, ada yang sempat berkongsikan beberapa video ketika acara berlangsung. Memang meriah, seperti kelab malam yang biasa kita lihat, muzik rancak berserta dengan tarian daripada hijabista yang hadir menyokong Neelofa.




Selain Neelofa, ibu dan adik beradik, Noor Nabila dan Ameera turut hadir bersama. Memang agak pelik idea yang dicetuskan Neelofa, melancarkan koleksi tudung di kelab malam.

Telah berlangsungnya pelancaran tudung Naelofar Hijab dari Neelofa yang dinamakan #BeLofa. Namun apa yang menarik perhatian ramai, lokasi koleksi tudung itu dilancarkan, dimana bertempat di kelab malam Zouk.

Jom tonton video pelancaran tudung Neelofa di Zouk...


Video jawapan dari Neelofa kenapa Zouk yang dipilih sebagai tempat pelancaran tudung Naelofar...


Continue Reading...

Bekas Penyanyi Kristal Lan Solo Berkongsi Gambar Baby


Berita gembira itu dikongsikan Lan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya lancar. SABTU, 24 FEBRUARI 2018, 4.10 PAGI, 2.5 KG .

“Syukur dan terima kasih kpd semua yg mendoakan kesihatan KY dan puteri kami.

“Doakan NUR AMNA Q______ * membesar dengan sihat ye. Amin,” tulisnya.

Lan Solo, Nur Sheila Hassim, 33, berkongsi gambar puteri ketiga dalam keluarga mereka menerusi akaun Instagram peribadinya.

Anak keempat bekas penyanyi kumpulan Kristal ini disahkan mengalami cleft lip atau sumbing dan pasangan ini mengetahui pada 32 minggu kandungan.

Positif dengan kurniaan ALLAH SWT, baik Lan mahupun Sheila menerima dengan hati terbuka dan sangat positif.

Bayi yang masih belum ditentukan nama penuh dan setakat ini hanya bernama Nur Amna ini dilahirkan pada 24 Februari, jam 4.10 pagi di sebuah hospital swasta.

"Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Daddy ckp nama penuh saya lepas daftar baru daddy share sbb mommy belum decide lagi ejaan nama belakang saya.

"Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dari dalam perut mommy sampailah saya wujud hari ini.

"Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dpt terus mendoakan kesihatan sy tau. AM I CUTE..???" tulisnya.

Video Nama-nama Untuk Anak Perempuan

Continue Reading...

Kilafairy Berduet Dengan Penyanyi R&B Terkenal Sean Kingston

Kilafairy yang juga merupakan anak kepada penyanyi, Rohana Jalil telah melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian dengan berkolaborasi dengan penyanyi R&B terkenal, Sean Kingston.


Beberapa penyanyi tempatan telah mengharumkan industri seni negara dengan membuat kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa. Antara yang terbaru ialah Yuna yang berduet dengan Usher serta tidak dilupakan Mizz Nina yang pernah berkolaborasi dengan Flo Rida dan Jay Park.

Single sulungnya yang bertajuk Put The Word In itu juga menampilkan DJ Aku Ash dan beberapa artis tempatan yang muncul di dalam klip video lagu tersebut yang dimuat naik di Youtube pada 16 Februari lalu. Meskipun kolaborasi dua negara berkenaan dipuji ramai, video muzik tersebut telah mendapat kritikan kerana tidak mencapai tahap ‘international’. Opss macam mana tu?

Netizen juga secara terang-terangan mengaku mereka menonton video muzik itu kerana Sean Kingston dan pelakon Izara Aisyah berada di dalamnya. Bukannya kerana ia sebuah lagu yang menarik dan dinyanyikan oleh Kilafairy. Alahai.

Namun apa yang menambah kepada kontroversi ialah aksi keterlaluan Kilafairy yang bergelek di dalam video tersebut. Pelakon dan penyanyi itu dicemuh sebagai simbol seks kerana menari dengan penuh ghairah seakan penari tiang. Opss! Tajamnya mulut netizen ni.

Malah bibirnya yang ‘seksi’ juga dipertikaikan netizen dan menjadi punca mengapa mereka benci melihatnya di dalam video klip tersebut.


Continue Reading...

Rumah Iqram Dinzly Dipecah Masuk Perompak

Menerusi perkongsian tersebut, iqram menyatakan rumahnya telah dirompak kelmarin dan dia telah kehilangan seutas jam tangan Claudia Patriks bernilai RM10k, dua utas jam tangan lain berjenama Gshock dan Guess serta Iphone6 dan laptop peninggalan arwah bapanya.



Rata-rata pengikut Iqram juga mendoakan supaya perompak tersebut mendapat balasan setimpal. Tapi ada juga pengikut laman Instagram tersebut meminta Iqram bersabar dan percaya dengan rezeki dari Allah.


Beberapa bulan kebelakangan ini isu kontroversi melibatkan Iqram Dinzly banyak dilaporkan oleh media tempatan. Banyak tindakan yang dilakukan oleh Iqram seolah-olah menjadi perhatian bukan sahaja netizen malah media tempatan.
Continue Reading...

(Video) Parodi Awek Cendol!!! Kelakar Gilerr


Meletop ada membuat parodi yang menggunakan Bell dan Syuk sebagai pelakon. Memang kelakar barai habis ! hahahaha enjoyyy

Video seorang awek comel yang sedang kepanasan dan lapar di sosial media. Video itu telah mendapat liputan meluas sehingga ramai kalangan artis dan netizen membuat parodi. Baru-baru ini pihak astro ada memanggil awek ini ke motif viral dek sikapnya yang manja itu.

Dia menyatakan bahawa itu sememang sikapnya.
Continue Reading...

Seutas Rantai Hadiah Hari Lahir Sajat

“TQ UNTUK SEMUA INI. Tengah malam buat surprise untuk saya. Tq sebab buat planning ini semua. Betul-betul kena pranklah,” tulis Sajat.

Apa yang menarik perhatian ramai, Sajat turut berkongsi tentang hadiah istimewa yang diterima daripada teman istimewanya, Coach Yin yang berupa rantai.

“Tq my couch_yin untuk gift rantai cantik ini. Tq untuk birthday surprise ini. Nasib umur baru 28 tahun,”  katanya.


Apa sahaja yang dikongsi Sajat menerusi laman sosial miliknya juga juga mendapat respons luar biasa daripada pengikutnya sama ada berbentuk positif mahupun negatif.

Biarpun sering dilanda pelbagai kontroversi dan tidak senyap dengan kecaman, perkembangan Sajat yang kini tidak ubah seperti selebriti ini sentiasa diikuti ramai.

Terbaru, Sajat telah berkongsi tentang kejutan istimewa yang diterima sempena sambutan hari jadinya yang ke-28.

Viral di youtube, lelaki ini tiru suara Sajat 99.99%

Continue Reading...

Dai Wan Beri Kata Semangat Kepada Sufian Dan Elfira Loy


Pendakwah muda yang dilahirkan dari program Da'i,  Wan Dazrin  Wan Din atau lebih dikenali dengan Da'i Wan, sempat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Sufian dan Elfira di laman Twitter peribadinya.




Meminta orang ramai menghentikan stigma negatif putus tunang itu dengan kesedihan, Da'i Wan berkata, pertunangan sememangnya diadakan bagi memberi peluang setiap orang mengenali pasangan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.

Bahkan Da'i Wan menyifatkan putus dalam tempoh pertunangan lebih baik dan sedikit sebanyak menyelamatkan institusi perkahwinan.

"Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oct 2017)," tulis Sufian Suhaimi di instagramnya...

Di IG Sufian didapati, penyanyi lagu Terasa Ada itu masih menyimpan beberapa keping gambarnya bersama Elfira Loy.
Continue Reading...

Filem Badang Bikin Datuk Aliff Panas

Filem Badang mengisahkan Bad kehilangan ibunya, Mak Siah, yang terbunuh dalam satu kekecohan selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko.

Sebelum kematian ibunya, Mak Siah sempat bercerita mengenai kisah silam Bad bahawa beliau adalah seorang anak istimewa, hadiah kepada Mak Siah dan Pak Tam yang tidak mempunyai zuriat, dan bakal menjadi menjadi seorang yang berkuasa satu hari nanti.

Menampilkan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman selaku pelakon utama, filem ini turut dijayakan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi dan Azhari Zain.


Sementara itu, Datuk Aliff Syukri berharap agar filemnya akan diterima semua penonton dari pelbagai golongan masyarakat.

Razak Mohaideen bagaimanapun merasa tidak adil apabila ada pihak yang mengecilkan filem ke-40 arahannya itu tanpa menonton terlebih dahulu.

Filem 'Badang', filem ke 30 arahan Datuk Profesor A Razak Mohaideen
"Sebagai orang seni, memang perkara ini adalah asam garam dan risiko yang perlu ditanggung.

"Malah memang sesuatu yang lumrah untuk orang mengecam dan mengkritik.

"Bagi saya, adalah tidak adil mereka yang memperkecilkan filem ini tidak menonton  dan mengkritik berdasarkan andaian," katanya.
Continue Reading...

Sissy Pemain Piano Latar Hael Husaini AJL32

“Jatuh merupakan lagu ciptaan Sissy sepenuhnya dan telah dilancarkan hujung tahun lalu dan alhamdulillah mendapat sambutan yang cukup baik daripada peminat.

“Apatah lagi ia turut menjadi OST drama Papa Anak menantu yang kini sedang bersiaran di TV3, menjadikan lagi ini mudah diingati peminat,” katanya.

Sissy Iman Bakal Keluarkan Single Terbaru
Lagu Jampi nyanyian Hael Husaini di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), mungkin ramai yang tidak menyedari penglibatan penyanyi Sissy Iman dalam persembahan tersebut.

Bukan sebagai penyanyi latar atau kemunculan istimewa untuk tujuan gimik, namun penyanyi  juga komposer muda berbakat besar ini tampil bermain piano mengiringi persembahan lagu yang diangkat sebagai juara itu.

Menurut Sissy, penglibatan itu merupakan kolaborasi pertamanya dengan Hael di mana sebelum ini mereka pernah merancang untuk mengadakan satu projek lain, namun hanya menjadi kenyataan di AJL32.
Continue Reading...

Selamat Pengantin Baru Ezany Nizariff

Pelakon, Ezany Nizariff yang katanya sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Min.


“Maaf saya tidak boleh kongsi status terkini saya. Jangan risau saya tidak rahsiakan apa-apa, cuma beri saya waktu.

“Mungkin pertengahan tahun ini saya akan kongsi siapa wanita tersebut,” katanya.

“Nanti la saya kongsi, sekarang bukan masa yang sesuai lagi,” katanya yang sebelum ini pernah intim dengan seorang wanita bergelar Datuk Paduka K.
Continue Reading...

Gambar Nora Danish Mengandung

Nora Danish Mengandung Lagi
"Doa selamat buat isteri tercinta & Ney Ney (nama timangan untuk bayi dalam kandungan) insyaALLAH, agar selamat melahirkan kandungan pada minggu ini," tulisnya.


Nora Danish dijangka bakal melahirkan anak keduanya dalam minggu ini.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.



Pasangan romantis ini  turut mengadakan majlis doa selamat di kediaman mereka yang dihadiri oleh pelajar tahfiz.

Sementara itu, Nora menerusi akaun IG miliknya sempat berkongsi bahawa anak sulungnya,  Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9, tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya.
Continue Reading...

Gambar Neelofa Bersandar Pada Dada Zul Ariffin

“It can be awkward, it can be slightly embarrassing but at the end of the day, it is all about being able to put something on screen which is not only sweet, believable and convincing to the audience but also being able to deliver the story that the whole team has worked hard to put together,” luahnya Zul Ariffin.
Hangat apabila pelakon dan pengacara, Neelofa melentokkan kepalanya ke dada aktor, Zul Ariffin menerusi satu foto mesra yang dimuat naik oleh Michael Ang di laman Instagramnya (IG), beberapa hari lalu.

Gambar mesra Neelofa & Zul Ariffin
Akibatnya, pengacara MeleTOP itu menerima kritikan hebat netizen.  Difahamkan, foto mesra yang dirakam itu merupakan babak dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 hari yang menjalani penggambaran di Rome, Itali.  Dilihat mesra, Zul bagaimanapun menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku menerusi perkongsiannya di IG.  “So this is the actual situation on set, when two actors who may not be familiar with each other are placed in moments where they have to seem like they have known each other for years,” tulisnya.

Biarpun kekok, katanya, pelakon seharusnya bersikap profesional seterusnya bertanggungjawab menggalas watak tersebut dengan baik.

#zulofa iaitu gabungan Zul Ariffin & Neelofa

Continue Reading...

Kamal Adli Dan Emma Maembong Sudah Tak Sehaluan

Hubungan cinta Adam dan Emma beberapa kali dilanda badai dan didakwa sudah tidak lagi bersama. Oktober tahun lalu, berlaku salah faham antara pelakon drama Bio-Nik itu dengan pelakon, Zahirah Macwilson sehingga menyebabkan hubungan Kamal dengan Emma seperti retak menanti belah.

Hubungan Kamal Adli & Emma Maembong Semakin Dingin
Hujung minggu lalu, melalui satu ruangan hiburan akhbar tempatan, Emma memberi kenyataan hubungan dia dengan Kamal sudah hancur yang mendapat reaksi pelbagai netizen.
“Pengakuan itu keluar daripada mulut Emma dan saya pun tidak begitu pasti tentang kesahihannya. Cerita seperti ini sudah keluar banyak kali dan berulang kali. Saya malas untuk komen panjang lebar.

“Kalau saya terus fikir, buat serabut kepala sahaja. Lebih baik berdiam diri dan kalau ada perkara serius yang boleh dikongsi, saya sendiri akan tampil memberi keterangan,” kata Kamal Adli.
Menjawab pengakuan teman wanita Emma Maembong yang mendedahkan sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengannya, pelakon Kamal Adli enggan memberikan komen lanjut dan mengatakan kini dia serabut ingin terus memikirkan perkara tidak berkesudahan itu.

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 32, berkata, dia tidak ingin lagi mengeruhkan keadaan dengan memberikan kenyataan yang sia-sia berkenaan hubungan cintanya dengan pelakon jelita itu.

Continue Reading...

Fizi Ali Selamat Mendirikan Rumahtangga Dengan Shakilla Khoriri

Fizi Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Shakilla Khoriri pada jam 10.37 pagi hari ini di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall.

Majlis akad nikah Fizi Ali Dan Shakilla
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami.

“Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah,” kata Fizi Ali.
Fizi, 29 dan Shakilla, 29 dinikahkan oleh bapa Shakilla, Mohd Khoriri bin Markon dengan mas kahwin sebanyak RM300 di hadapan 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Fizi menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Fizi yang merupakan bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua ini mula berkenalan dengan Shakila ketika menjalani pengambaran telemovie Tuty Polkadot pada tahun 2012.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Julai selepas tiga tahun bercinta.

Majlis resepsi akan bermula pada jam 8 malam hari ini.
Continue Reading...

Elfira Loy Putus Tunang

Ibu Elfira Loy ketika dihubungi tidak mahu memberi komen atau apa-apa penjelasan lanjut.

Bagaimanapun, menurut ibunya, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan pemulangan cincin pertunangan.

Elfira Loy mengesahkan hubungan dengan Sufian sudah putus.

Paksu faham bukan mudah untuk menerima suratan ini. Buat kedua-duanya, Paksu harap kalian bersabar, reda dan mengambil pengajaran serta iktibar dengan apa yang terjadi.

Pasti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku.

Elfira dan Sufian telah melangsungkan pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.
Continue Reading...

Plat Kereta Aiman Tino AIM477 RM40,000

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 20, berkata, plat kereta yang bernombor AIM 477 andai dibaca sekilas seperti menyebut namanya dan membuatkan dia tertarik untuk cuba membida tahun lepas.

Plat Kereta Aiman Tino AIM477 Dibida Dengan Harga RM40,000
“Alhamdulillah, saya anggap pembelian plat kereta ini sebagai hadiah untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Walaupun harganya agak mahal, namun saya berasakan ia berbaloi untuk simpanan peribadi.

“Saya akan gunakan plat ini untuk kereta saya sendiri namun setakat ini, saya masih belum memutuskan untuk membeli kereta apa. Jika diikutkan kereta idaman, saya amat menggemari jenama Volkswagen,” katanya.
Continue Reading...

(Gambar) Dekorasi Bilik Baby Girl Siti Nurhaliza

"Kami baru berbincang dengan Datuk Siti beberapa hari lalu.  Kemudian dah siap ukur sekali untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja.

"Jadi insyaALLAH menjelang hujung bulan ini akan siaplah bilik baby Datuk Siti ini.


Siti Nurhaliza memilih warna merah jambu untuk bilik tidur baby yang dijangka lahir sekitar Mac depan.

Perkembangan menarik ini dikongsikan oleh pereka hiasan dalaman terkenal Pengasas Lentera Creative Home, Amran Azhar.

Menurut Amran, Siti memilih konsep Inggeris kerana dia suka bunga-bungaan yang sesuai dengan perempuan.

Siti turut memilih warna pink muda untuk nampak lebih sweet yang serasi untuk baby girl.

"Selain idea Datuk Siti sendiri, kami juga ada tunjukkan gambar-gambar cadangan untuk beliau pilih," jelas Amran lagi.


Amran merupakan pereka hiasan dalaman yang banyak mendapat kepercayaan Siti untuk menghias ruang mengikut kreativitinya.
Continue Reading...

Nasir Bilal Khan Bakal Teruskan Episod Tanah Kubur

Nasir Bilal Khan Sebagai Tok Adi
"Saya mengekalkan pelakon sama iaitu Nasir dan Hamidah Wahad serta dibantu pelakon lain seperti Izzue Islam, Johan As'ari, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.
"Turut sama berlakon dalam drama ini adalah pelakon yang sudah lama tidak muncul di kaca TV, iaitu Fouziah Gous," katanya.

Setelah sekian lama 'hilang' dari kaca TV selepas drama tersebut berakhir, kini Tok Adi kembali untuk mengubati kerinduan peminatnya.

Bukan menerusi drama Tanah Kubur, sebaliknya Nasir akan muncul dalam drama istimewa 10 episod yang memberi fokus kepada wataknya.

Jelas pengarah drama ini, Rashid Sibir, karya yang diberi judul Tok Adi ini merupakan screen off dari watak popular menerusi drama Tanah Kubur itu.

Masih menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa lokasi di Kuala Selangor, drama Tok Adi dijangka menemui penonton pada bulan Mac depan, juga di Astro Oasis.
Continue Reading...

Adam Corrie Sambut Tahun Baru Cina Bersama Ibu

Gambar Adam Corrie Sambut Tahun Baru Cina Bersama Ibunya
“Saya dan isteri masih balik ke Taiping, Perak untuk sambu Tahun Baharu Cina, setiap tahun.
“Biasanya, kita balik sehari atau dua hari awal bergantung kepada kerja".
Akuinya, adat wajib ini simbol permulaan yang baik untuk tahun mendatang, selain beri peluang kepada seluruh keluarga merapatkan hubungan dan saling bertanya khabar.

“Inilah masa terbaik untuk kita saling bertanya khabar dengan semua ahli keluarga.

“Lagi pula semua sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tinggal pula berjauhan. Jadi, adalah perkara biasa untuk kita habiskan masa hingga lewat pagi.

“Dalam tradisi orang Cina, orang kata anak-anak yang baik adalah siapa tidur paling lewat kerana memanjangkan usia ibu bapa,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Paloh ini juga sentiasa menantikan masakan tradisi masyarakat Tionghua yang dikenali sebagai mi suah.

Lebih istimewa, makanan seperti bihun sup itu hanya disediakan oleh ibunya, Lim Ah Hong dan dimakan pada pagi Tahun Baharu Cina.

Malah, semua ahli keluarganya menerima Adam dan isterinya, Fazema Mohd Fuad dengan hati terbuka.

“Saya dan isteri masih balik ke Taiping, Perak untuk sambu Tahun Baharu Cina, setiap tahun.
Continue Reading...

Cara Mudah Jadikan Blog Mesra SEO

Empat tips mudah untuk jadikan blog anda mesra SEO

1. Elakkan Terlalu Banyak Visual - Ia Tidak Bagus Untuk SEO
Sepertimana kita tahu, content is king. Content atau kandungan yang dimaksudkan ialah teks artikel. Jika anda memohon akaun penuh Adsense sekalipun, perkara inilah yang dititik-beratkan dan jadi penentu-sah permohonan akaun anda. Begitulah juga dengan teknik SEO.

Isi kandungan yang bagus biasanya akan disokong dan disertakan dengan gambar serta video. Ia menunjukkan bahawa kandungan blog post tersebut mantab dan menyeluruh. Pun begitu, harus diingatkan bahawa .. jika terlalu banyak visual seperti gambar, enjin carian akan menyifatkan blog anda terlalu sedikit kandungan.

Jika anda mahu hasilkan blog post atau artikel yang menyertakan banyak visual, pastikan anda sokong dengan teks yang padu, mantap dan menceritakan mengenai gambar tersebut. Pastikan juga anda letakkan deskripsi (alt dan title) pada visual berbentuk gambar. Ia juga sebahagian daripada teknik SEO perletakkan kata kunci di dalam sesebuah blog post yang bergambar.

2. Tajuk-Tajuk Dalam Blog Post Menjadikan Blog Mesra SEO
Cuba anda lihat isi kandungan blog saya ini, lihat pada blog post yang telah saya terbitkan. Adakah anda sedar bahawa saya menulis dengan adanya tajuk-tajuk kecil di dalam blog post tersebut? Inilah dinamakan Header Tag (H1, H2, H3) dalam sesuatu blog post.

Adanya tajuk-tajuk ini, ianya sebenarnya memudahkan pembacaan, selain memberitahu apa yang penting di dalam artikel tersebut. Dan cara penulisan begini sebenarnya sangat bagus untuk memastikan blog dalam keadaan mesra SEO.

3. Mesra Mobile Bermakna Mesra SEO

Blog Mesra Mobile adalah Mesra SEO

Blog anda mesti mesra mobile. Zaman sekarang ramai yang akses informasi menerusi gajet seperti telefon pintar. Enjin carian juga suka dengan blog dan laman web yang mesra mobile ini, itulah sebabnya kebanyakkan laman web sekarang ada versi mobile yang bagus.

Jika blog anda direka untuk optimasikan rekabentuk dalam bentuk mobile, maka ia satu bonus yang sangat besar nilainya pada enjin carian, dan pastinya akan meletakkan artikel-artikel blog anda di tempat serta kedudukan teratas dalam enjin carian - apatah lagi jika carian itu dilakukan menerusi peranti mudah-alih atau gajet.

Blog yang mesra mobile 100% akan memberikan pengalaman yang bagus untuk pembaca. Ia perlu sedap mata memandang, dan mesti kebanyakan fungsi yang ada pada laman sebenar (menerusi komputer biasa) akan ada pada blog paparan mobile ini.

Nasihat saya, untuk menjadikan blog anda mesra SEO 100% sebenar, gunakan template rekabentuk atau ubah rekabentuk blog anda menjadi sebuah rekabentuk yang responsif. Contoh terbaik laman web yang berbentuk responsif ini ialah YouTube. Anda pusing ia ke bawah, atas, kiri dan kanan, ia akan memberikan laman YouTube yang biasa anda nampak jika melihatnya di komputer.

4. User-Experience (UX) Bagus Maka SEO Juga Bagus

Blog Mesra SEO Berikan Pengalaman Bagus Untuk Pembaca

Pengalaman pembaca di dalam blog anda sangat penting untuk menjadikan blog anda mesra SEO. Apa yang dimaksudkan pengalaman pembaca ini? Ia berkaitan dengan cara anda melayan pembaca anda apabila mereka berada di dalam blog.

Contohnya, mereka yang masuk ke blog anda tidak perlu nak pangkah banyak benda sebelum membaca isi kandungan blog anda.

Contoh lagi ... mereka tidak dihadapkan dengan terlalu banyak iklan yang tiada kaitan dengan apa yang mereka mahu tahu dan mahu baca. Nak letak iklan, letak iklan yang ada kaitan atau menambah nilai konten.

Untuk jadikan blog memberikan pengalaman bagus kepada pembaca, blog mesra SEO ada menu mudah untuk mereka klik. Ada capaian kepada blog post lain yang berkaitan dengan apa yang sedang mereka baca. Dan .... blog sangat senang paparkan apa yang mereka cari - loading blog atau masa untuk menunggu artikel keluar mesti cepat.

Rekabentuk blog yang simple, minimalist, tidak sarat, cepat loading adalah ciri-ciri sebuah blog mesra SEO dan disukai pengunjung.
Continue Reading...

Naikkan Follower Instagram Secara Percuma Dengan Snapwidget


Tahu tak cara mudah untuk tingkatkan follower Instagram anda? Salah satu cara yang boleh anda guna-pakai ialah menerusi aplikasi atau widget Snapwidget. Anda boleh gunakan Snapwidget ini di blog anda, agar dapat membantu anda menambah jumlah follower atau pengikut laman Instagram anda.

Pasang widget Snapwidget di blog tak susah mana. Anda cuma perlu daftar atau buka akaun Snapwidget secara percuma, dan pilih mana-mana widget yang sesuai untuk diletakkan di blog anda.

Widget Snapwidget telah lama wujud sebenarnya. Namun, tak ramai blogger yang mengunakan widget ini di dalam blog sebagai salah satu cara untuk meningkatkan jumlah follower di akaun Instagram mereka.

Saya tahu ramai rakan blogger yang mempunyai akaun Instagram, tetapi sendu dengan pengikut. Saya harap dengan cara ini, ia boleh bantu untuk tingkatkan jumlah followers di Instagram.

Caranya mudah sahaja.

Anda perlu pergi ke laman web berikut - https://snapwidget.com/signup 

Login atau daftar percuma menggunakan email atau boleh terus menggunakan akaun Facebook anda. 

Kemudian, anda boleh pilih mana-mana widget yang tersedia di situ.

Ambil kod HTML yang telah disediakan, dan letakkan di dalam blog anda. Contohnya, anda letak di bahagian sidebar blog

Yang menariknya ialah .. bukan setakat anda boleh gunakan widget ini untuk letakkan gambar dari akaun Instagram. Anda juga boleh gunakan ia untuk letakkan gambar dari akaun Facebook, Twitter mahupun Pinterest.

Tujuannya satu, iaitu menambah jumlah pengikut laman sosial berkenaan, selain menambah engagement termasuklah jumlah likes.

lama kelamaan, jumlah pengikut atau followers di laman sosial seperti Instagram akan meningkat, selain bertambah likes. Paling penting, anda tidak perlukan apa-apa modal nak beli likes atau follower .. semuanya percuma.
Continue Reading...

Cara Terbaik Meningkatkan SEO Melalui ADSENSE


Ini adalah cara atau tips terbaik menaikkan ranking laman web menggunakan Adsense yang perlu anda ikut, terutama sekali untuk blog-blog dan blogger baru. Siapa yang masih belum mendapat akaun penuh Google Adsense, baca 9 tips Adsense ringkas ini sebelum anda apply untuk akaun penuh.

Tips Adsense #1 - Dilarang sama sekali untuk klik iklan Adsense yang keluar di blog anda. Malah anda dilarang untuk arahkan pengunjung dan pembaca blog untuk klik iklan Adsense tersebut.

Tips Adsense #2 - Berfikiran sebagai pengguna internet. Tulis entri yang boleh berikan manfaat dan penyelesaian masalah kepada mereka yang mencari. Mudahkan mereka mencari info berkaitan di dalam blog anda. Banyak blog yang gagal dapat Adsense penuh kerana masalah navigasi, dan masalah sukar untuk pengunjung baca post anda yang lain.

Tips Adsense #3 - Jadikan blog anda selamat untuk semua peringkat umur. Perhatikan kandungan blog anda terutama yang terdahulu sebelum anda memohon akaun penuh Adsense. Pihak Adsense sangat prihatin dengan tajuk, kandungan, ayat, malah perkataan digunakan dalam penulisan entri blog anda. Jangan sesekali gunakan perkataan-perkataan yang dilarang - yang tidak sesuai dibaca oleh seorang kanak-kanak atau orang tua (ini prinsipnya).

Tips Adsense #4 - Kerap update dan tulis entri baru di dalam blog anda. Blog yang sering dikemaskini sangat disukai oleh Google. Ia menunjukkan bahawa blog anda aktif memberikan info bermanfaat pada pembaca. Dan cuba elakkan meletakkan iklan Adsense terlalu banyak dalam sesebuah page .. ia akan menyebabkan income blog menerusi Adsense jadi kurang baik.

Tips Adsense #5 - Elakkan menggunakan layout atau rekabentuk blog yang memungkin pengunjung dan pembaca tersilap klik iklan Adsense. Tidak dibenarkan meletakkan iklan Adsense terlalu hampir dengan imej yang boleh diklik. Kena jarakkan iklan Adsense dan iklan lain ..

Tips Adsense #6 - Elakkan rekabentuk blog yang 'menolak' kandungan blog ke bawah melebihi 'lipatan' pertama paparan blog anda. Contoh .. bila anda buka blog anda samada menerusi desktop atau peranti mudah-alih seperti smartphone, pastikan ia perlihatkan konten blog anda dahulu sebelum iklan keluar. Jika Adsense mengesannya, iklan mungkin tak akan muncul dan blog anda akan terima penalti kerana rekabentuk ini.

Tips Adsense #7 - Jangan duplikasi kandungan blog anda samada blog sendiri atau daripada blog orang lain. Google Adsense sangat marah kalau blog anda adalah sebuah blog copy-paste. Blog mungkin boleh dapat trafik tinggi, dan jana income USD Adsense yang banyak .. tapi awas, anda mungkin hadapi masalah bila nak keluarkan income itu nanti.

Tips Adsense #8 - Pastikan trafik blog anda secara keseluruhannya datang dari enjin carian. Jika anda melihat bahawa blog anda dapat trafik lebih tinggi dari sumber lain, contohnya seperti Facebook, Babab.net, Instagram atau yang seumpamanya .. cepat-cepat buat sesuatu untuk tingkatkan sumber trafik menerusi carian. Gunakan Google Analytics untuk pantau trafik blog anda.

Tips Adsense #9 - Jangan ubahsuai kod Adsense. Larangan keras kepada mana-mana blogger atau blog yang ubahsuai kod Adsense untuk dapatkan lebih banyak klik. Seringkali rujuk pada Adsense untuk tatacara betul meletakkan kod iklan Adsense dalam blog.
Continue Reading...

Tingkatkan Follower Google Profile Pada Blogspot


Apa yang saya buat? Mudah je. Saya cuma buka email dan lihat notifikasi siapa yang follow saya di Google Profile. Setiap kali ada seseorang yang baru follow saya, satu email akan dihantar dan memaklumkan kepada saya. Uhh .. pandai juga Google ehhh berikan teknik ni.

Teknik ini antara teknik mudah untuk mendapatkan follower menerusi Google Profile. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana halaman atau website untuk melakukannya. Dari email sahaja, anda sudah boleh follow orang lain yang telah follow anda, dan sebagai bonus, anda juga boleh follow rakan-rakan follower anda itu juga menerusi email.

Hanya dengan satu klik, dari seorang follower .. anda boleh dapat beberapa follower lain, yang pada masa sama anda memberikan peluang untuk mereka menerima anda sebagai follower mereka. Percaya pada Give-n-Take. Apa yang anda beri, itulah yang akan anda dapat.

Follower saya tak ramai, tak cecah pun seribu orang di Google Profile. Anda boleh lihat sendiri di bahagian sidebar (jika anda baca blog ni menerusi desktop) atau di bahagian bawah selepas post ini (jika anda baca blog ini menerusi smartphone).
Continue Reading...

Cara Semak Domain Authority Untuk Ketahui Ranking Web

Pastinya ramai blogger Malaysia tidak berapa tahu mengenai Domain Authority (DA); terutamanya untuk menjadi daya pengukur kekuatan sesebuah blog atau laman web. Jika anda ada blog, ada laman web .. maka anda perlu serius memastikan bahawa blog dan laman web anda mempunyai skor DA yang baik.

Sebenarnya, saya sendiri sebelum ini kurang ambil peduli mengenai DA, tetapi sejak Google Pagerank (PR) tidak lagi menjadi rujukan untuk kekuatan sesebuah blog dan laman web, maka saya mencari alternatif untuk membolehkan blog saya diukur dari segi teknikal. Ia penting terutama apabila ada pengiklan terutama daripada luar negara yang mahukan statistik teknikal kekuatan blog.

Domain Authority atau DA ialah merupakan satu metrik yang dibangunkan oleh SEOMoz, untuk mengukur kekuatan dan keupayaan sesebuah blog atau laman web untuk disenaraikan (rank) di dalam enjin-enjin carian di internet. DA menggunakan skala algorithmatik dari 0 ke 100. Semakin tinggi skor DA samada untuk domain ataupun untuk blog post, maka semakin berpotensi ia berada di ranking terbaik dalam enjin carian.

Untuk ketahui skor DA anda, boleh cuba ke pautan berikut -http://www.seoreviewtools.com/website-authority-checker/ dan masukkan URL domain blog anda.

Halaman untuk masukkan url laman web

Skor Domain Authority Web Anda Dipapar

Skor Page Authority Web Anda Dipapar
Continue Reading...

Widget Twitter Counter Berguna Di Blogspot


Apa yang menariknya ialah dengan menggunakan widget yang disediakan oleh Twitter Counter ini ialah, anda dapat melihat sendiri secara terus - dan juga pengunjung blog anda jumlah followers yang anda ada di laman sosial Twitter milik anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat siapa yang melawat blog anda daripada akaun Twitter anda, ada widget khas yang disediakan oleh Twitter Counter ini. Ia juga rekodkan statistik tertentu menerusi akaun twitter anda. URL Twitter widget: https://twittercounter.com/

Berikut adalah contoh-contoh widget dari Twitter Counter yang boleh anda gunakan di blog anda:



Continue Reading...

Lelaki Berjanggut Lebih Digilai Wanita


Jika anda tak pernah terfikir untuk menyimpan jambang, mungkin anda patut mempertimbangkannya semula. Fakta tentang kelebihan janggut lelaki sama ada dari sudut sains mahupun psikologi telah terbukti.

“Amboi, bukan main macam-macam stail janggut sekarang. Aku ingatkan kalau muka bersih, lagi nampak muda, ‘babyface’. Rupanya banyak pula kelebihan janggut lelaki. Menarik juga ni.”


Wahai kaum Adam, letakkan pisau cukur anda sekarang!

6 Kelebihan Lelaki Berjambang Yang Anda Perlu Tahu

1. Melindungi Dari Sinar UV
Menurut sebuah jurnal daripada University Of Southern Queensland ini, janggut dapat melindungi 95% kulit wajah anda daripada sinaran matahari dan UV yang merosakkan kulit.

Hasilnya, kulit anda kurang berkedut, kendur, dan kulit bintik-bintik yang tidak diingini. Sekaligus, ia mengurangkan risiko lelaki daripada terkena kanser kulit!

2. Mengurangkan Risiko Lelah
Tahukah anda, kelebihan janggut ini turut membantu mengurangkan risiko penyakit lelah.

Eh, bagaimana pula? Menurut sebuah laporan daripada Huffington Post, janggut ini dapat bertindak sebagai ‘penapis’ yang membantu menghalang debu daripada memasuki sistem pernafasan anda.

Jadi, udara yang anda sedut akan menjadi lebih bersih secara semulajadi. Tapi, kenalah selalu trim dan jaga kebersihan janggut ya.

3. Selamat Tinggal Jerawat
Dr. Shannon C. Trotter, pakar dermatologis merungkaikan bahawa tindakan mencukur boleh membawa jangkitan bakteria dan iritasi kulit.

Ini kerana, mencukur akan menyebabkan bukaan pada rongga kulit lalu mendorong pelbagai masalah kulit muka seperti jerawat.

4. Lebih Maskulin
Memang tak dapat disangkal lagi, jambang menjadi simbol kelelakian. Namun, ia bukan dakwaan semata-mata. Kajian daripada Evolution and Human Behavior telah membuktikannya.

Satu tips daripada sebuah artikel Fox News ini pula tentu amat bermanfaat kepada anda: Wanita paling tertarik dengan ’10-day stubble’ atau jambang lelaki yang dibiarkan panjang selama 10 hari.

5. Digilai Wanita
Walaupun setiap wanita mempunyai pilihan tersendiri, namun secara umumnya mereka lebih tertarik kepada lelaki yang berjambang.


Menurut sebuah kajian yang dilaporkan oleh The Telegraph, wanita mendapati kelebihan janggut lelaki ini menampakkan mereka lebih matang, romantik, agresif, tegap, dan dominan.

6. Tampil Lebih Yakin
Kebanyakan lelaki yang menyimpan janggut mendapati bahawa mereka akan berasa lebih konfiden terhadap diri sendiri secara automatik. Malah, orang sekeliling akan mula mengambil serius terhadap pendapat anda.

Berbanding dahulu, mereka anggap lelaki itu macam budak hingusan. Bila dah berjambang, barulah nampak matang dan meyakinkan. Makin gerun pun ada!
Continue Reading...

Cara Hilangkan Jerawat Yang Berkesan


Ini adalah cara hilangkan jerawat yang berkesan. Jerawat memang satu masalah kerana ia boleh menimbulkan rasa kurang keyakinan diri dan malu berhadapan dengan orang ramai. Nasib baik ada banyak produk menghilangkan jerawat dengan segera di pasaran. Tapi selama mana perlu bergantung dengan bahan kimia?

Produk yang mengandungi bahan kimia juga kebanyakkan tidak elok untuk kulit. Harus berhati-hati menggunakan produk hilangkan jerawat yang ada dipasaran.

Takut nak gunakan produk yang ada bahan kimia? Jangan risau, ada je petua hilangkan jerawat yang berkesan dengan menggunakan bahan yang berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat sebagaimana yang dilakukan oleh bahan kimia.

Petua Hilangkan Jerawat Yang Berkesan

Berikut adalah petua hilangkan jerawat yang mudah dan berkesan. Bahan-bahan semulajadi ini boleh menggantikan ubat jerawat atau produk yang mengandungi bahan kimia.

1. Pes Serbuk Kunyit
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.


2. Jus Daun Pudina
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

3. Jus Buah Lemon
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

4. Bawang Putih
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

5. Ubat Gigi
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

6. Wap Panas
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.

7. Pek Ais
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

8. Pes Serbuk Kayu Manis
Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.

Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.

9. Kulit Buah Oren
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.

10. Madu
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.

11. Jus Timun
Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.

___

Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi. Apa pun, pastikan muka anda dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.

Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.
Continue Reading...

Cara Diet Di Hari Raya Untuk Kurangkan Berat Badan


Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi. Ikutilah tips diet berikut untuk elak dari tambah berat badan pada bulan syawal.

Antaranya, kecenderungan untuk makan makanan berat yang tinggi. Makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi.


Tips Diet Di Hari Raya Untuk Kurangkan Berat Badan
Seseorang mungkin mengambil jumlah makanan yang berkalori tinggi tanpa mereka sedari. Ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan lebih kurang 2-3 kg semasa hari raya.

Kalori berlebihan bukan sahaja membuatkan ukur lilit pinggang anda bertambah, ia juga boleh menjadi punca kepada masalah yang lain seperti gastrik dan makanan sukar dihadam. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk seperti penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Di bawah Acul cuba kongsikan beberapa tips diet di Hari Raya untuk kurangkan berat badan yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri ini.

1. Kawal Nafsu Makan
Kebiasaannya pelbagai jenis makanan yang dihidangkan semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendah, dan 1001 macam jenis kuih raya. Anda dinasihatkan mengawal nafsu semasa melihat makanan yang terhidang. Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan.

Dengan cara ini, ia boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal. Seterusnya, dengan makan makanan dalam jumlah yang sederhana dan terkawal, ia akan memberi peluang kepada system penghadaman badan anda untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang Hari Raya ini. Ini merupakan tips diet di hari raya yang paling utama perlu diberi perhatian.

2. Minum Air Secukupnya
Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber.

Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya. Tentu tidak seronok, bukan? Orang lain bergembira bertemu sanak saudara di hari raya, tetapi anda terperangkap di dalam tandas sepanjang hari.

3. Kurangkan Hidangan Bergula & Lemak Berlebihan
Semua pun sedia maklum, hidangan di hari raya ini kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak, dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang bergula dan berlemak lebihan seperti ini.

Selain itu, tidak kurang juga hidangan minuman bikarbonat seperti coca-cola merupakan minuman yang popular di hari raya. Anda perlu ingat, kandungan gula dan kafein di dalam air bikarbonat adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak salah jika anda minum setengah gelas air coca-cola, dan kemudian segelas air kosong sekiranya anda masih berasa dahaga.

Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, lemak, garam, dan kafein boleh menyebabkan masalah seperti makanan tidak hadam dan sembelit.

4. Makan Buah Kurma
Pengambilan beberapa biji kurma sebelum menjamu juadah adalah sangat digalakkan. Bukan hanya di bulan Ramadan sahaja kita makan kurma ya. Pengambilan buah kurma sangat elok untuk penghadaman makanan dan yang paling penting ianya mengikuti Sunnah Nabi S.A.W.

Kemudian, anda dicadangkan makan makanan seperi roti gandum penuh, susu rendah lemak, dan sepotong buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang.

5. Makan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
Untuk makan tengahari dan makan malam, Acul pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain. Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar.

Ini kerana pada hari raya amat sukar sekali kita lihat makanan yang tersedia yang boleh dihidang bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
Continue Reading...