(Gambar) Dato' Siti Nurhaliza tanpa make-up

Gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang diambil melalui Twitter miliknya. Gambar ini dikatakan gambar Siti tak bermake-up dan super natural, berbanding memakai make-up yang tentunya lagi cantik dan anggun. Jum layan.

Continue Reading...

(Gambar) Bob Kuman Meninggal Dunia

Bob Kuman disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara. Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Presiden Seniman, Harun Salim Bachik mengesahkan juga berita tersebut. Al Fatihah di ucpakan.
Continue Reading...

(Gambar) Nora Danish pergi umrah bersama juruterbang

Nora Danish pergi umrah bukan semata-mata lari dari kekecewaan melihat bekas suami bernikah dengan orang lain, namun mungkin disudut hatinya dia mahu ketenangan diri dari pelbagai belengu masalah dan juga untuk mendekatkan diri kepadaNYA. Niat baik, mungkin satu hari nanti, Nora juga mendapat balasan yang tidak disangka. Gambar umrah Makkah dan Madinah ini diambil melalui Fan Page Facebook Nora Danish. Cantik dan sungguh anggun Nora memakai tudung, semoga kekal setelah sampai ke tanah air. :)


Continue Reading...

(Gambar) Aidil muncul berdepan Rita, Kes Cerai Tangguh

Tuntutan lafaz cerai yang difailkan oleh Aidil Zafuan Abd Razak terhadap Rita Rudaini terpaksa ditangguhkan kerana Rita tidak bersetuju dengan alasan penceraian yang diberikan oleh pihak plantif. Pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan tarikh 16 Mei depan bagi pasangan tersebut menghadiri proses Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan kes penceraian mereka.

"Rita redha dengan apa yang terjadi tapi tidak adil untuk Rita diceraikan tanpa sebab. Alasan dia kami tiada persefahaman dan tak serasi itu, Rita tidak boleh terima kerana sebelum dia keluar rumah, hubungan kami elok saja. Alasan dia tidak masuk akal kerana jika ada pergaduhan, Rita boleh terima, tapi ini tidak ada pergaduhan langsung.

"Tiba-tiba saja dia nak bercerai, jadi Rita terpinga-pinga kenapa perkara ini boleh berlaku. Rita rasa tak berbaloi untuk Rita setuju sebab Rita masih waras. Selagi tidak mendapat satu alasan yang kukuh untuk bercerai, Rita tidak akan setuju. Rita tak boleh hidup dalam keadaan tak tahu sebab. Rita nak tahu dulu apa alasan kukuh dia supaya Rita boleh terima," ujar Rita
Continue Reading...