(Gambar) Jimmy Shanley ambil MBA di UiTM

Ada sumber sahih yang mengatakan yang juga pekerja bahagian Fakulti Perniagaan di UiTM Shah Alam, yang Jimmy telah mengambil Master (MBA). Baguslah kalau macam tu, nak juga kita lihat artis-artis kita ni mempunyai pendidikan yang tinggi. :)


bersama anak sulung yang nak masuk usia 1 tahun
Continue Reading...

(Gambar) Diana Danielle Bertudung

Diana Danielle bertudung kat gambar dibawah ni kan. Tapi bukanlah Diana Danielle pakai tudung sepenuhnya, ini cuma lakonan dia untuk telemovie Sentuhan Isabella, akan datang di RTM1. Nak tahu pasal apa korang tunggu dan lihat sahaja la, mungkin jadi cikgu kot.

Continue Reading...

(Gambar) Marsha belajar solat 5 waktu

Marsha memang sesuatu yang mencabar buat dirinya, memandangkan dirinya bukan dari golongan muslimah, maka dia juga belajar untuk memahami solat 5 waktu yang ditekankan dalam watak filem berkenaan. Mungkin sedikit sebanyak Marsha juga telah belajar mengenai Islam, bukan untuk memaksa Marsha memeluk Islam, biarlah masa sahaja yang menentukan. Yang penting, saksikan lakonan Marsha sebagai seorang muslimah dalam filem Qada ni nanti.


"Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.

Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan.".
Continue Reading...

(Gambar) Ally Iskandar tertidur depan laptop kerana rindu

Ally menjelaskan bahawa dia kerap menghubungi Farah Lee melalui talian Skype selama berjam-jam lamanya melepaskan rindu dan ada ketikanya sehingga tertidur di depan komputer.


“Walaupun saya agak sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan isteri, tetapi saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Namun saya tidak nafikan perkahwinan jarak jauh sangat mencabar.

“Tapi ini hakikat yang kami sedia terima. Selepas hantar Farah kembali ke Korea tempoh hari saya rasa masa berjalan begitu perlahan.

“Sebab saling merindu kami selalu habiskan masa berbual-bual di Skype berjam-jam lamanya. Sampai tertidur pun ada,”.
Continue Reading...

(Gambar) Mikael Deejay Hip Hop dibelasah kerabat diraja

SonaOne (Mikael Adam Mohd Rafae) cedera teruk dimuka dan badan selepas dia telah dipukul seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

Dipetik dari BHarian, Mikael (artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop) menyatakan kejadian itu berlaku pada pukul 3.50 pagi menyebabkan dia pengsan dan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

ketika itu, Mikael berada dalam sebuah kereta bersama 2 lagi rakannya di luar shopping complex, yang kemudiannya didatangi seorang lelaki yang dikenalinya dengan tiba-tiba menariknya keluar dari kereta.


"Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa merpertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan untuk mengelak kecederaan.

"Saya cuba minta pertolongan rakan dan orang ramai tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka".
Continue Reading...

(Gambar) Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus?

Perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe.


klik untuk besarkan
Continue Reading...

(Gambar) Isteri Nabil RL, Zira disahkan hamil 5 minggu

Nabil dan Zira bernikah pada Oktober 2011 tahun lalu. Soal jantina tu, mungkin tidak dapat dipastikan lagi, sebab usia kandungan yang begitu muda, apa-apa pun tahniahlah kepada Nabil dan juga isterinya, Zira.

"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," kata Zira.
Continue Reading...

(Panas) RM100,000 Untuk Buktikan Datuk Khalid Kahwin Baru

Datuk K, Siti Nurhaliza Dan Rozita Che Wan
RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.

Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.

Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.

Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.

"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut.

"Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."
Continue Reading...

(Gambar) Maria Farida Menari Setelah 30 tahun Berlakon

Maria Farida yang sebelum ini kita kenali sebagai seorang pelakon di layar perak dan drama tv, telah pun membuatkan persembahan tarian ketika itu bersama-sama dengan Watie Elite bersempena nyanyian Alyah - Bad Romance. Mungkin ada juga kita tahu kan cerita ini, mari kita dengar komen Maria yang dipetik daripada portal GUA



“Saya berdebar sangat masa menari sebab dah lama tak buat persembahan tarian. Kali terakhir saya buat persembahan bersama Kit Kat Club sekitar hujung 80-an. Masa mula-mula Berita Harian hubungi saya, saya tak tahu lagu apa. Bila dapat tahu lagu Lady Gaga, saya terkejut sebab saya tak pernah buat tarian macam ini. Saya berlatih sekejap sangat dan ‘belasah’ saja menari tadi,

“Saya pasti orang akan kutuk saya sebab dalam umur saya begini, saya terlompat-lompat atas pentas. Saya hanya menari untuk peminat sempena ulangtahun ABP kali ini. Kalau nak kutuk, kutuk saja, saya berfikiran terbuka. Lagipun, apa yang kita buat, semuanya salah.

“Apa-apapun, saya tahu batasnya dan saya juga tak pakai terlalu menonjol. Saya pakai seluar ‘tracksuit’ di dalam. Lagipun, umur macam ini tak kan saya nak menari selalu, sekali sekala bolehlah. Sekurang-kurangnya, ia mengubat kerinduan saya di pentas tarian,”.
Continue Reading...

(Gambar) Fasha Sandha di ABPBH 2011

Fasha Sandha ketika dia di ABPBH 2011. Kemenangan Fasha dalam kategori Pelakon Wanita TV meletakkan dia kini kembali mendapat kepercayaan peminat setelah turun naiknya prestasi akibat pelbagai peristiwa yang melanda. Apa-apa pun tahniah kepada Fasha kerana berani menempuhi gelora lautan yang begitu kuat sehingga sampai ke tahap ini mendapat anugerah pilihan rakyat Malaysia. Enjoyed.

Continue Reading...

(Kemaskini) Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2011

ABPBH 2011 sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan pelbagai kejutan dan juga kelainan yang berlaku. Dari sudut pengacaraan sehinggalah persembahan yang menampilkan pelbagai wajah-wajah baru yang boleh dilihat. Ada juga yang juara bertahan tewas dimuka baru, manakala ada juga juara bertahan yang masih lagi bertahan-tahan hingga ke tahun yang sudah. Berikut adalah senarai pemenang, dan tahniah diucapkan. :)


Penyampai Anugerah ABPBH25

Nora Danish & Adi Putra
Kumpulan Boboi
Nurul Syuhada & Datin Seri Normala Samsudin
Ridhuan Hashim & Neelofa
Chad, Deen & Kamelia
Erra Fazira & Mustapha Kamal
Rosyam Noor & Fazura
Datuk Yusof Haslam, Samsul Yusof dan Syafiq Yusof
Datuk DJ Dave & Wan Maimunah

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:

Penyanyi Lelaki

Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz (pemenang)
Black

Penyanyi Wanita

Najwa Latif
Yuna (pemenang)
Stacy
Alyah
Shila Amzah

Artis duo/Berkempulan

6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah (pemenang)
Meet Unclee Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki

Johan Ariff As'ari (pemenang)
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita

Tasha Shilla (pemenang)
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki

Aaron Aziz (pemenang)
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palaree

Pelakon Filem Wanita

Lisa Surihani
Maya Karin (pemenang)
Diana Danielle
Yana Samsudin
Eja

Pelakon TV Lelaki

Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz (pemenang)
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita

Fasha Sandha (pemenang)
Tizz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki

Zizan Razak
Johan (pemenang)
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita

Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias (pemenang)
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah@Enot

Pengacara TV Lelaki

Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak (pemenang)

Pengacara TV Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Shuhada

Penyampai Radio Lelaki

Faizal Ismail (pemenang)
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita

Fara Fauzana (pemenang)
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH2011

Datuk Sheila Majid

Anugerah Seri Perak

Datuk Siti Nurhaliza

Artis Paling Popular 2011

Aaron Aziz

TAHNIAH - AARON AZIZ
Continue Reading...

(Gambar) Permaidani Merah ABPBH 2011

Artis dan selebriti yang menghadiri ke majlis ini, tak usah nak diperkatakan pastinya perlumbaan fesyen memang akan berlaku. Tak juga yang mahu mengalah membawa pasangan istimewa masing-masing untuk dijadikan tumpuan dan perhatian. Korang nak tengok suasana gambar mereka ketika itu?

Continue Reading...

(Gambar) Aaron Aziz di Lords Tailor

Aaron Aziz yang bakal berjalan di Karpet Merah di ABPBH nanti dan sesi make-up oleh penaja utama, Lords Tailor. Aaron kelihatan lebih kacak dan tampan dengan make-up yang begitu professional itu. Lagi difahamkan melalui sumber yang Aaron Aziz akan menyanyi lagu Ombak Rindu bersama dengan Maya Karin, Liza Surihani di ABPBH nanti.




Aaron Aziz di ABP
Continue Reading...

(Gambar) Aaron Aziz tunjuk kad pengenalan sebenar

Aaron Aziz memang menjadi perhatian dalam awal bulan April ini, namun boleh dikatakan ianya hanya sekadar edit yang cukup super dari mereka yang tidak suka akan Aaron Aziz. Aaron yang ditemui baru-baru ini sempat menayangkan kad pengenalan sebenar dari negara asalnya, Singapura, yang tertera Aaron Mustapha Bin Aziz, bukannya Mat Haron.

Continue Reading...

(Gambar) Ainul Aishah buka kedai Tutti Frutti

Ainul Aishah turut mengikut jejak langkah rakan artis lain seperti Dato' Siti Nurhaliza, AC Mizal, Ezzany dan lain lain lagi, apabila dia juga kini sudah bergelar usahawan dalam masa usia 27 tahun. Walaupun usianya perniagaannya baru berusia setahun, namun itu bukan halang sebenar bagi Ainul, bahkan ianya terbukti berjaya apabila dia telah membuka dua cawangan di dua buah negeri. Selain itu dikhabarkan yang Ainul juga berhasrat untuk berehat sebentar dari dunia lakonan untuk meluangkan masa dengan dunia perniagaannya ini.

"Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Frutti yang terletak di Bangi, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Selain daripada itu juga, saya sedang bergiat aktif dalam jualan produk kesihatan."

"Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya".
Continue Reading...

(Gambar) Nurul Ex Ajai bakal isteri Mat Saleh

Nurul bekas isteri kepada Ajai, bakal bernikah atau berkahwin tidak lama lagi. Bakal suami Nurul ini adalah seorang yang berbangsa France (mat saleh). Ada informasi memtik dari Cari Gosip menyatakan beberapa hari lalu Nurul pergi ke JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) untuk pendaftaran @convert masuk Islam. Nama bakal suami Nurul ini adalah Mr. Eric Deep seorang businessman yang sukses. Info mengenai Eric Deep ada di SINI

Continue Reading...

(Gambar) Berdua Ally Iskandar Dan Farah Lee

Hampir dua bulan berlalu episod perkahwinan, 20 Jan yang lalu diantara pengacara Mentor, Ally Iskandar dengan Farah Lee. Kisah rumahtangga mereka kini semakin bahagia namun belum ada petanda-petanda yang Farah hamil. Ally sempat berkongsikan sekeping gambar kemesraan mereka berdua sebagai suami isteri kepada korang semua di luar sana.

Continue Reading...

(Gambar) Sambutan Harijadi ke-28 Fasha Sandha

Fasha Sandha telah menyambut harijadinya ke-28 bersama-sama bakal suami, Jejai. Agak romantik suasana hari itu, aktiviti sambutan diraihkan oleh sahabat handai dan rakan taulan. Kesempatan ini digunakan oleh kedua-dua pasangan untuk saling menyuap diantara satu sama lain. :)

Continue Reading...

(Gambar) Pengumuman Perkahwinan Scha al Yahya dan Awal Ashaari

Pengumuman perkahwinan Scha al Yahya dan Awal Ashaari beberapa hari yang lalu. Jarang ada episod macam ni, bila tarikh-tarikh keramat diumumkan. Lepas ni selebriti siapa lagi. hehe. -gambar Saiful Nang Facebook |candidsyndrome.com

Continue Reading...

(Gambar) Tunang Irma Hasmie

Pertunangan Irma Hasmie yang berlangsung 24 Mac lalu dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan adalah detik yang kita tidak sangka-sangkakan sebelum ini yang memandangkan Irma tidak pernah menyebut mengenai jejaka berkenaan kepada umum. Dan pada majlis pertunangan itu juga Reza Syah juga tidak kelihatan melalui lensa kamera. Mengikut sumber, gambar dibawah ini merupakan Reza dan bakal suami kepada Irma pada 1 Julai nanti. :)

Continue Reading...