(Gambar) Baju Pengantin Shila Hamzah

Shila Hamzah sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Tapi soal kahwin mereka belum lagi putuskan apa-apa, yang dibawah ini gambar Shila untuk majalah jek. Bukan untuk perkahwinan mereka ek. :)

Continue Reading...

(Gambar) Fouziah Gous bakal dilamar Datuk Seri

Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri. Hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini,"

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," kata Fouziah
Continue Reading...

(Gambar) Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin

Liyana Jasmay selamat menjadi tunangan kepada pasangan dan juga ahli perniagaan, Fathuddin bertempat di kediaman keluarganya, di Kemensah Height, jam 9 malam semalam. Yang menarik lagi ianya terkena dengan tarikh lahir ke-24 Liyana yang mempunyai beza 4 tahun dengan Fathuddin. Soal perkahwinan pula, mereka merancang untuk berkahwin/rumahtangga pada 24 Januari 2013.

Continue Reading...

(Gambar) Rozita Che Wan Gosip kahwin dengan Datuk

Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk.


“Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” jawab Rozita.
ehsan Gosip Cari

Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka.

Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra, 14 tahun, dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh.
Continue Reading...

(Gambar) Yusry Tweet perkembangan Honeymoon dengan Lisa

Lisa Surihani, beberapa jam yang sudah mereka telah pergi honeymoon di Zurich di Switzerland. Jauh nye, memang percutian musim sejuk yang mengasyikkan. Apa-apa pun semoga enjoy dengan malam pertama itu. hehe.



Continue Reading...