Pantun Lawak Jenaka


Sungguh cantik bunga melati,
Jadi hiasan sanggul dikepala,
Jangan selalu susah hati,
Bawa-bawalah bermain bola.

Bunga melur dibawah peti
Atas peti penuh bunga melati
Saya dari tadi lama menanti
Hati pun makin berapi
Continue Reading...

Pantun Lawak Dan Lucu


Anak Jawa pulang ke Jawa,
Sampai di Jawa berjual ragi;
Tuan ketawa saya ketawa,
Sama-sama tak ada gigi.

Enjit-enjit semut,
Siapa sakit naik atas;
Kalau memang dasar kedekut,
Ade kereta, naik bas.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Duit ringgit boleh dicari,
Mana nak cari kasih sayang.

Tanam pisang rapat-rapat,
Banyak pisang dalam negeri,
Sudah mengorat tak dapat-dapat;
Terpaksalah aku hidup sendiri.

Disana merak disini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Disana hendak disinipun hendak,
Pening kepala terajang punggung.

Ada katil ada tilam,
Ada siang ada malam;
Dah banyak kali memberi salam,
Tak pernah pun dia jawab salam.

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju !?!
Kenapa engkau tanya?

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati

Pagi hari pergi ke sawah,
Waktu petang baru nak pulang;
Nampak di mata hidup mewah,
Namun hutang keliling pinggang.
Continue Reading...

Gambar Anak Linda Onn

Isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dan penyampai radio popular Linda Onn selamat bersalin anak pertama pada 24 Februari lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Linda Onn dan Ungku Azhar mendirikan rumah tangga 27 Disember 2013 yang lepas.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, Linda, 41, berkongsi momen-momen istimewa bersama bayi perempuan yang hanya dikenali dengan initial UZ itu.

Bukan itu sahaja, Linda juga sempat mengimbau kembali momen sewaktu dia berada di hospital bersamping keluarga dan teman rapat.


Rata-rata peminat memuji kecomelan anak Linda yang berdarah kacukan itu.

Tonton video semasa majlis perkahwinan Linda Onn dan suami.


Continue Reading...

Hael Husaini Pelapis Penyanyi Solo Lelaki

Sejak kebelakangan ini, isu ketandusan penyanyi lelaki solo bagai terisi dengan kemunculan beberapa penyanyi baharu yang mencipta fenomena seperti Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.


Ini termasuklah bekas anggota duo Azhael, Hael Husaini, 31, yang dilihat semakin bersinar apatah lagi single berhantunya, Jampi diangkat menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) baru-baru ini.

Memilih untuk bergerak secara solo sejak Februari tahun lalu, nama Hael semakin menjadi bualan peminat seni tempatan disebabkan keunikan dan kelainan menerusi melodi yang dipaparkan.

“Alhamdulillah tidak sangka lagu Jampi mampu meraih kejayaan besar. Sejujurnya semasa kami mencipta lagu ini terdapat banyak dugaan.

“Ini kerana pada permulaan, ada sesetengah pihak yang tidak percaya dengan kemampuan Jampi, malah ada juga berpendapat ia terlalu keanak-anakan,” jelasnya ketika ditemui pada sebuah majlis penghargaan sempena kemenangan Jampi pada AJL32 di Ruang Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Continue Reading...

Pengikut Instagram Neelofa Berkurangan

Neelofa yang dikecam netizen berikutan penganjuran majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di Zouk, kelmarin, sepatutnya hadir pada program TN50 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam ini.


Semakan mendapati kira-kira 100,000 pengguna Instagram bertindak 'unfollow' atau menarik diri daripada menjadi pengikutnya. Ini menjadikan jumlah pengikut Neelofa 5.4 juta orang, berbanding 5.5 juta sebelum ini.

Walaupun syarikat pengeluar tudung, Naelofar Hijab sudah memohon maaf melalui kenyataan yang diedarkan kepada media, hari ini, Neelofa terus dikecam hingga dia menutup ruangan komen dalam salah satu entri di Instagram miliknya.

Pelakon drama Suri Hati Mr Pilot dan Red Velvet itu sebelum ini mengikuti latihan sebagai persediaan menjadi hos majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, kontroversi majlis hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran tudung di kelab malam itu dilihat memberi impak kepada jumlah pengikut Neelofa di Instagram.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, memberitahu, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan perbincangan bersama penganjur.

"Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Continue Reading...